Thursday, December 31, 2015

LoveHate Relationship

Hubungan kami jauh..
Sorang Kelantan
Sorang Johor Bahru

Most of the time..
Kami akan gaduh..

Kalau gayut/cakap telefon..
Awal2 jea cakap elok2..
Lepas tu dah start bibit2 gaduh dah..
Sampai last skali die n aku sakit hati..
And 1 of us akan end call camtu jea..

Kalau cakap telefon
Abes cakap pun still d same..
Momentum yang sama ngan start cakap tuh..
Memang miracle lah..
Memang ajaib..
Memang aku pun heran...

But bila aku pikir..
Memang kami gaduh..
Selalu gaduh..
But we still hang on for 5years..
And saat nie..
Kami lagi sbulan nak jadi halal..
Which i did not expect it.
At all..
Seriously...

Well..
We had broke up..
N yes we continue it..
Which I think that we are not serious..

But well..
A month to go..
This is the result..

How?

Cz bila aku pikir balik..
He accept me..
My physical.
My emotion.
My strength n weakness..

N i think
He loves me.

Well..
I have so many weaknesses.
Obviously..
But he accept me..
Eventhough sometimes he can't accept it..
But yeah..

1thing comes across my mind..
TOLERATE

I do accept his weaknesses.
N he accept mine.
I do hate things that he said.
But buat bodoh..
Lebih kurang..
Kuang7..

Aper aku meroyan nih?
Dah lah..
Xblh tdo.
Terpikir hal nie..

Somehow..
This is my life line..
My experience..
My future maybe..

Doakan everything just going on based on the plan..

Gudnite..

Monday, December 28, 2015

Pavlova time

Hi...
Saper teringin nak makan pavlova kat Kelantan?
Kami ada menyediakan perkhidmatan membakar pavlova anda..

Jom reramai..
Whatsapp +60105757525 sekarang..

Monday, December 21, 2015

Kek Buah

Hai/Salam..

Sapa craving for sweets?
Sapa craving for a good quality of cake?

Kami ada sediakan khidmat membakar kek untuk anda.
Sekarang adalah
KEK BUAH

JOM2 whatsapp +60105757525 sekarang untuk book slot anda supaya kami boleh bakar kek anda dengan aman..

Come2..
Sedap sangat2..
Tak menyesal korang tempah slot ngan kami

Thursday, October 22, 2015

A Talk About Culture

Salam semua...
Hi..

Saya seorang MUSLIM.. and I'm proud of my religion.
And.. Saya seorang MELAYU.

No issue.

So kenapa ader entry nie?
ok..
Let's get started.

I'm a MUSLIM.
And I'm a MALAY.
I will enter a CHINESE family.

There's so much issue right?

Aper masalah?
Ader masalah?
Salah ker MALAY want to enter CHINESE.
and CHINESE want to enter MALAY?

ader masalah?
banyak kan?

akan ader issue seperti
1) dah tak der orang MELAYU dah ker yang kau nak kawen?
2) kau nak buang MELAYU kita?
3) kau nak buang adat tradisi MELAYU kita?
4) boleh ker kau masuk dalam family CHINESE dier?
5) boleh ker kau BIMBING dier?

these are the TYPICAL question yang sangat sadis di mata dan pikiran aku.
alah... yea lar..kau dah cinta sakan ngan dier sebab tu kau pkir sumer orang KOLOT.

aku TAK CAKAP KOLOT lah beb.
KAU yang cakap kolot.
so aper masalah?
kau yang rasa kau KOLOT.

JAWAPAN kepada issue di atas

1) ALLAH dah jadikan kita bermacam2 jenis bangsa dan warna kulit. So dah aku terpikat dengan akhlak dier and perwatakan dier. yang penting dier trime aku d way i am, nak buat macam mana? kau boleh TEPIS ker rasa kau kepada orang yang BERBANGSA lain? kau boleh ISOLATE perasaan untuk bangsa yang sama SAHAJA?

sama macam.
kenapa kau suka yang pendek?
kenapa kau suka yang lagi tua?
kenapa kau suka yang lagi muda?
kenapa kau suka yang lagi tinggi daripada kau?
kenapa kau suka yang hodoh?
kenapa kau suka yang cantik sedangkan kau macam katak puru?

aper korang akan jawab?
THINK. THINK. THINK.

2) ader aku cakap aku nak BUANG Melayu aku?

soalan aku pada korang yang pikir camtu awal pembacaan nie.
aper yang istimewa sangat MELAYU nie?
MAKSUM ker?
dah kompim ke KEISLAMAN dier?
Melayu tak buat SALAH ker?
yang penting... MELAYU MEMANG CONFIRM MASUK SYURGA KER?

3) TRADISI boleh bawak kau BAHAGIA kerr?
TRADISI boleh wat kau MATI ker?

TRADISI boleh janjikan kau SYURGA ker?

Tradisi yang paling biasa masa KAWEN.
BERSANDING.
kau rasa tu elok ker?
yes, elok. kalu kau TUNJUK isteri kau depan yang muhrim sahaja.
no, tak elok. kalau kau ikut tradisi MELAYU yang TAYANG isteri kau masa orang ramai datang (time rombongan lelaki sampai). sumer tu MUHRIM isteri kau ker?

and.
BERSANDING TU ADAT BANGSA MANA?
CONFIRM ker MELAYU?

so? kenapa nak mempertikai tradisi plak?
kalau tradisi Melayu pun CIPLAK tradisi INDIA?

4) boleh tak aku masuk? Insyaallah boleh masuk.
sekarang nie aku tengah usaha supaya aku boleh masuk tradisi dier. ngan family dier.
tapi masalah sekarang nie this TYPICAL MALAY bila dorang tau yang aku akan masuk CHINESE family, dorang akan tanya benda yang sama..

BENCI lah aku tengok kau nie makan ngan CHOPSTICK. makan lah dengan sudu.

kau rasa SUDU tu MELAYU ker?
kau rasa CHOPSTICK tu untuk CHINESE jea ker?
KOREAN, JAPANESE xpakai ker?

and yang paling penting..
aku kepit BABI ker ngan CHOPSTICK tu yang kau benci sangat aku makan ngan bendalah tu?
dalam ISLAM marah ker kalau makan ngan CHOPSTICK?

5) kau mana tau aku KENA BIMBING dier?
kalau DIER yang akan bimbing aku camner?

yang aku tengok.
MUALLAF nie lebih banyak agama/fahaman tentang ISLAM yang korang duk anut sejak keluar dari perut mak kau..

bukan nak cakap lah..
tapi MUALLAF yang biasa2 tu yang boleh BIMBING and TARBIAH orang lain.
MALAY GUYS yang biasa2 p mn? yang BUKAN USTAZ.
aku tak cakap semua MALAY tak berguna.
just korang pikir lah..

APA YANG ISTIMEWA SANGAT MELAYU BERBANDING BANGSA LAIN? sampai korang nak pertikai ADAT dan BANGSA orang lain?

THINK.THINK.THINK.THINK.THINK.

kalau dah adat lain.
bangsa lain.
try to adapt.

kita ISLAM.
amik semua benda dalam ADAT BANGSA lain, mix and match with ISLAM.
selagi tak langgar syarak, GO ON.
ALLAH tak marah.

dan satu lagi.
bukan ker kalau KAU KAWEN DENGAN MUALLAF, KAU BOLEH DAKWAH ORANG TAK MASUK ISLAM LAGI DALAM FAMILY DIER UNTUK MASUK ISLAM KER?

KORANG INGAT TAKDER GANJARAN DARIPADA ALLAH KER KALAU KORANG ISLAMKAN SEORANG YANG KAFIR?

p/s:
jangan TAKSUB sangat dengan BANGSA. tak leh bawak masuk KUBUR.
ALLAH tak tanya korang nie bangsa aper sebelum korang masuk SYURGA.

last skali.
MAAF kalau ada sesiapa yang terasa ngan entry kali nie.
aku bukan nak BLAME melayu.
n SEBELAHKAN chinese.
just my point is JANGAN BEZAKAN BANGSA.

SEMUA BANGSA SAMA JEA DIMATA ALLAH.
YANG BERBEZA ADALAH TAQWA.

sekian,
Terima kasih

Friday, August 28, 2015

MERDEKA PROMOTION

Hai,

Saper ader nak buat

~ business card
~ price tag or thank you card
~ sticker/transparent sticker

boleh whatsapp +60105757525 untuk sebarang info.

coz sekarang kami tengah buat MERDEKA DAY PROMOTION




Tuesday, June 23, 2015

Rapatkan saf..

Sekadar teguran hokey.
Sekadar #note2self hokey..
Jangan ada yang dalam hati tu, bajet alim jea bdk nie...

No no no
I dun want that..
Juz untuk #note2self..
2x ak sebut..klu ader agi xtau lah nk ckp aper..
Kuang6..

Hokey..

Sekarang nie kan bulan Ramadhan a.k.a bulan pose..
So ader solat tarawikh/terawih..
Ak duk prati jea... kebanyakan budak2 baya aku or muda lagi pada aku..
Which is budak yang dah keluar rumah pergi merantau negeri orang untuk menuntut ilmu.

Aku sure, dier penuntut kolej or somewhat n akan pergi masjid or surau kolej or uni..
I am pretty sure, kalau ajk surau/akak2 alim kat surau/masjid uni tu suruh dier rapatkan saf, tak kira lar ko kenal x orang tepi ko tu, ko akan rapatkan jugak kan?
Korang boleh jea kan enjak sikit untuk rapatkan saf tu kan?
Masa duk tempat korang belajar korang boleh buat benda tu, knaper tak praktikkan kat kampung?
Susah?sbb sumer makcik2? Xder kelas nak banding dengan kau?

Eh hello, yang makcik2 tu boleh dikatakan sama baya ngan mak kau kot.. dah kenaper nak jadi penentu kelas orang pulak nih?

Islam tak ajar benda3 kelas bagai nih.. or korang pnyer ayat 'rank' lah kiranya...

Mesti akan ader tanye, knape makcik2 tu tak enjak?knaper org muda plak kna enjak?

Masalah skang nie, korang 4-5orang, makcik2 tuh dah beratur dalam 1saf lebih kurang 15-20orang dah..
Korang pandai maths kan? Agak2 sp yang perlu beralah? N agak2 sapa yang perlu enjak?

Ok..tu dari segi quantitative..
Secara qualitative (betul ker idok xtau..kuang6)..

Setakat yang aku tahu..
Setakat yang aku belajar..
Aku pun tak banyak sangat ilmu tuh...
Tapi ader lar sikit...

Setahu aku, permulaan saf adalah ditengah..klu nak wat saf baru kena start ngan tengah..lebih kurang belakang imam lah kiranya...
Orang yang seterusnya kena imbangkan saf tersebut..

So persoalan sekarang, korang duk kat mana?
Tepi sekali. 4-5orang.
By right, sapa yang perlu enjak?
Berdasarkan apa yang aku gtau permulaan saf tu kat mana, sapa yang perlu enjak?

Apa consequence pada putusnya saf?
Silap hari bulan boleh xdapat pahala berjemaah..
Klu nak selfish camtu, xyah p masjid lah wei..

Ok..kau cakap kau xsedar n at that moment kau dah angkat takbir..

jawapannya adalah...

Kau xpenah dengar ker dibenarkan bergerak semata untuk merapatkan saf kalau dah ada dalam solat..penah dengar tak nie?
Gerak sikit2 lah..asal jangan sampai 3step berturut2 n berubah arah kiblat korang..

Susah ker nk pikir or buat benda tu?senang jea rsnya..

Jangan jadi semakin tinggi korang belajar, semakin bodoh jadinya...

Tolonglah...
Islam itu indah
Islam itu senang
Tapi penganutnya yang menjadikan Islam itu buruk n susah..
Macam mana kita nak ambil hati nonMuslim kalau kita tunjuk sikap cmtu?

Bagi aku, perbuatan masa solat mencerminkan keperibadian penganut Islam..
Kalau dah saf terputus n xder daya nak sambung saf tu, korang tak namPak ker aper y ak nampak?
Belajar lah setinggi mana pun korang, kalau xpraktik xguna jugak wei...

Aku tegur sebab aku tak nak Islam dicemari dengan sifat pentingkan diri dalam solat...

Aku tak alim
Aku takder banyak ilmu agama
Tapi concern bout this..
Cz this is our image..

#note2self..
Jangan nak sentap sangat yang xberpuas hati tu wei...

Kbai.

Saturday, June 13, 2015

Remember?

Remember the time when u approach me?
Remember what i said to u?
Remember that i told u i dun want to lose u s my besfren?
And now, i lose u forever..
If can turn back time.....

Remember when u want me?
Remember that i told u i cant make u hepi?
Remember that u said i am d best creature happens to ure life?
Remember u told me that i cn make u hepi?
But d truth is, i really cant make u hepi..
And i lose u forever..
Bcoz of this stupid thing..

Remember that u will accept what right n wrong in me?
Weakness and strength?
Remember?
But truth is, u cnt accept my weakness and strength..
And i lose u forever...

For all the things that u showed me, thank you.
For all things that u give me, thank you. 
For all things that u sacrifice for me, thank you.
For all d pain that u hold because of me, thank you.
For all d pain that u give me, thank you.
For all happiness that u gv me, thank you.
For all time u spend for me, thank you.
For all money that u spend to me, thank you.
For all d experience that u gave me, thank you.
For all d love that u gv me, thank you...

FOR EVERYTHING, THANK YOU...
U r d best thing happened in my life..

THANK YOU

Thursday, June 11, 2015

Jalan terbaik?

Cmner?

Nak sambung ker tak?
Ma dah bagi grinlite.
Kongkongan dan komitmen dah takder.
Everythng ok klu ak sambg...

Pertanyaan yang selalu bermain dlm diri aku..
Mampukah ak?

Aku tak tau nak aper.
Yang pasti aku nak something yang pasti.
Something yang menjamin masa depan aku..

Any suggestion?

Urmmmmmmm

Hei...
Tak tdo lagi?
Ya Allah...budak bertuah nie...isyk3..

Ala..rasa ngantuk..tapi rasa nak berblogging lah..
Acaner tuh? Huuu...

Nk gtau...
Dah 2malam aku baca blog org...
Urmmmmmmm..
Blog kerrr? Blog lah tu..
Blog saper? Ader larrrr...

Urmmmmmmmm...

Aku rasa kan... dier mmg dah taknak aku lah..
Aku terbaca lah y dolu2...
Cair aku kejap...
Tapi bila pkir blk dier ckp ak stupid skang... aku plak kene?
Sapa y stupid skang nie? Sp y xamik pluang?
Pluang dah ada depan mata..tp xamik..xstupid lagi kerrr??? Aku jugak ker y stupid tuh?haiyooo...

Kawan aku dah kawen...aku bila lagi?urmmmm..

Bila nak dapat prince charmg nih?tlg jap..ngeh6...
Ngantuk ah..mnx2 dpt jumpa prince charmg... dalam mimpi pon jadilah....nk wt cmner...tu jea rezekinya..

Ha7...

Kbai..

Sunday, March 15, 2015

Naik MAS lagi pulak

Hallu uollzzz..

Nak citer..
Fenomena biasa selepas MH370 and MH017..

Ader sorang nie.. Dier keje kat Abu Dhabi katanya..
Pastu cam risau lah nk travel.. Nk balik esok malam..
Ayat yang tak leh blah skali..
"Naik MAS plak tu".

Kannnn.. Kau rasa? Ramai tak yang kuar statement camtu?
Heee

Nih nak citer sikit.
Malaysia Airlines tak mintak sumer tu jadi.
Pilot Malaysia Airlines sangat menjaga kot pasal penerbangan nie..
Management Malaysia Airlines. Sangat mengutamakan passenger kot .

Nak tau satu benda tak? Yang orang lain tak tau.. Hanya pekerja Malaysia Airlines sahaja yang tau and yang melalui sumer nie jea y tau.

Masa tragedi kat Kathmandu tu.. Semua kapal tak boleh nak landing dalam 3hari rasanya..
Tau aper jadi?
Untuk yang tak tau Malaysia Airlines kena cancel flight sebab tak boleh nak landing, Malaysia Airlines kasi accomodation kot..
Klu ikut procedure, airlines takder kaitan untuk bagi accomodation kat passenger.

So camner? Camner korang rasa hospitality Malaysia Airlines?

Sal tragedi sumer tu.. Namanya pun tragedi.. Takder sapa yang rancang.. So tak perlu nak cakap "nie nak naik MAS lagi.."

Urm.. Sndiri pikir...

Salam..

Tuesday, March 3, 2015

Why MAS nak tahu sumer details anda

Untuk makluman semua..

Kami Malaysia Airlines perlu tahu anda semua akan pergi mana and stay kat sana sampai bila..

Kami ada hak
MAS berhak tahu

Sebab kami PREMIUM CARRIER

Kalau anda tak dibenarkan masuk dalam negara yang anda ingin tuju, KAMI/MAS yang kena SAMAN
BUKAN anda

Ok?
That is why kami kena tahu brapa lama anda stay, pergi ntk keje or melancong n sumer bnda..

Ok?
Paham?

Air asia..
Dorang tak perlu tahu korang pergi mana.stay buat apa.pegi jalan mana..
Dorang tak der hak untuk tahu.
Sebab tu dorang TAK AMBIL TAHU.

Kalau korang tak leh masuk tempat yang korang nak g tu..
KORANG yang kena SAMAN..
Dorang tak der hal pun..
Dorang TAKKAN kena SAMAN..
Sebab dier LOW COST.

So
Jangan nak bezakan MALAYSIA AIRLINES dengan AIR ASIA..

Hokey?
Kbai

Saturday, February 14, 2015

Dalam Kenangan Tok Guru Nik Aziz

Assalamualaikum..

Dalam kesedihan sebenarnya..
Kerana pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Aku anak Kelantan

Aku sedih kerana tak sempat untuk berjumpa dengannya.
Aku sedih sebab tak sempat bagi ank2 aku merasa pemerintahannya.
Aku sedih sebab hilangnya seorang ulama terunggul di Malaysia.

Aku dah tekad. Aku akan bagi anak aku untuk ditahnikkan oleh Tok Guru pada hari ke-7 kelahiran anak2 aku.
Tapi aku tak sempat buat sumer tu..
Sebab aku tak kawen lagi.
Aku tak sempat buat sumer tu..

Kat mana lagi aku nak cari ulama' seperti itu?
Kat mana lagi aku nak cari seorang pemimpin yang 'down to the earth'?
Yang boleh bergaul dengan rakyat.
Boleh tahnikkan anak2 org yang dier langsung tak kenal.
Tak mintak sesen pn..
Sapa yang rasa nak bagi, bagi.
Xder duit.pokai.its ok.. Kewajipan seorang ibu bapa sudah dijalankan.

Ditahnikkan tu adalah belah mulut bagi kitorg..
Bayi y baru lahir, hari ke-7 kelahiran, sunat belah mulut.
Tp drpd org2 y alim lah..
Sumer pergi kat dier.
Yang nak cut cost tp still jalankan amalan sunat boleh pegi sana..kat Tok Guru Nik Aziz.. Beliau akan 'belahkan mulut'..

Mana lagi nak cari?

Aku pergi kerja ptg td..ader abg tu bercerita tentang Tok Guru.
Beliau balik ke rumah lepas sihat. Malam tu. Beliau hanya baca Quran. Tak tido.
Mungkin beliau telah tahu bahawa
itu adalah kali terakhir beliau akan dapat baca Quran.
Itu adalah kali terakhir beliau tak tido.
Itu adalah kali terakhir beliau dapat tengok anak bini
Itu adalah kali terakhir beliau dapat melihat cahaya malam dan siang.

Kerana selepas ini beliau akan menuju Allah.
Menuju ke alam fana yang hakiki.
Bertemu Allah.
Merasai segala kenikmatan di syurga hasil benih yang ditaburkan di dunia.
Dengan taburan sabar dan keimanan.

Kami rakyat jelata amat merinduimu Tok Guru.
Kami akan mengenangmu dalam lipatan sejarah yang paling terindah.
Dikau adalah umat yang terpuji.
Dikau ulama' yang terhebat.
Dikau pemimpin yang disegani
Dikau adalah wira perjuangan Islam di alam siber.

Kami merinduimu Tok Guru Nik Aziz.
Kami amat merinduimu.
Semoga perjuangannyamu tidak terhenti dikuburanmu

Damailah dikau di sana.
Semoga Allah merahmatimu...
Berehatlah dikau buat selamanya....

Kenangan terindah.
TokGuruNikAziz 0329 14feb15

Thursday, February 12, 2015

Amazing!!!

Hari nie kena marah dengan senior officer yang kerek.
Ikut hati aku nak lempang jea dier..
Sakit pulak hati aku nie.

Aku minta tukar pun dah kira naik lah tu
Klu aku go on ngan performance aku yang tak elok tadi tu. Sebab banyak benda dalam kepala otak aku nie. Lagi haru jadinya Malaysia Airlines.

Ader kau nak jawab klu aku kena NTL?
Ader kau nak buat report untuk aku?

Xder..kau lepas tangan jea..bongok..
Tunjuk kuasa pada masa yang salah.
Bangang..

Hah..
Enough wit this annoying senior officer.

Kena dengan senior officer yang annoying nie kan. Wat mood aku kureng sikit..
Tapi jadi naik balik sebab aku jumpa orang yang sangat aku nak jumpa dalam Malaysia Airlines.

Ahmad Jauhari Yahya
CEO Malaysia Airlines.

For this mean time ok..

Ya Allah.. Aku jumpa dier..
Baik orangnya..
Sangat baik dengan pekerja..

Aku tak tau dier datang daripada mana.
Cz aku kat level5
Dier sepatutnya level3
So i dunno from where..
Mungkin di hantar Allah untuk make up my day ..
Insyaallah..
Hee..

Aku admire dier..
Aku nampak penganiayaan dalam diri dia..

Tak per lah.. Anything is back to Allah..
Allah nak bagi yang terbaik untuk Tuan yea.. Dun b sad...

Wah.. Aku jumpa dier.. Wah...

Ok lah..
Penat. Nak tdo.. Nak hilangkan sumerny dengan tdo..
Coz aku dh hantar report untuk NTL=Not To Land..
Ok? Suppose ak dh blh tdo lena.. Sebab everything is ok...
Hee

Kbai

: : ngantuk
: : esok keje petang

Friday, February 6, 2015

Overc? Local??

After a lot thinking
Tengok keadaan ekonomi sendiri
Tengok keadaan diri sendiri

Aku amik keputusan untuk sambung belajar
Aku make up my mind untuk sambung oversea
This is d way i can make my mum proud of me
Also employability of overseas graduates is high
This is what i think.

Banyak faktor yang menyebabkan aku nak sambung belajar balik
Banyak faktor menyebabkan aku nak sambung oversea

Tapi bila tanya Prof Jam yang merupakan bekas lecturer aku masa master dulu,
Dier cakap local lebih senang
Ader kawan untuk tanya2 bila kita buntu bila problem datang
And supervisor boleh bantu

Pendek kata local lebih senang lah.

So how?
Aku nk sambung katne nie?

Local or oversea?

Aku dah jumpa sorang lecturer di The University of Adelaide
Dia lebih kurang dalam bidang yang aku nak lah
Dah email baru tadi, so takder respon lagi

The University of Adelaide jea yang aku jumpa ada Mathematics Department
Basically aku kena cari bukan hanya mathematics but computer science
Sebab bidang aku, aku rasa dah masuk dalam Department of Computer Science dah..

Aku tak tau lagi nak sambung katne..
Tapi aku nak sambung blajar dalam masa terdekat nie
Kena usaha buat proposal untuk apply scholar.

Memang result master aku tak seberapa
Tapi
Tak salah kan berharap
Tak salah kan aim for the best kan?

Aku berharap aku boleh sambung PhD kat oversea.

Aku takleh banggakan ma abah aku lagi.
Tu sahaja cara untuk aku banggakan mereka.

Mode:
: : tengah tunggu kain cyap
: : dah ngantuk
: : esok kerja pukul6 nih

Monday, January 26, 2015

FAKE Interview

Hellu hai..

Ingat tak aku pernah post sal interview kat Kolej Matrikulasi Melaka tu?

Everything is FAKE..

Advertisement is FAKE
Interview is FAKE

Takder istilah walk in interview kalau dah namanya GOVERNMENT..
Matrikulasi KPM ader bahagian dier sendiri which is Bahagian Matrikulasi..
Juz apply situ sahaja untuk jadi cikgu a.k.a pensyarah di kolej matrikulasi..

Aku dah terkena hokey..

Hari nie..
Aku pergi ke Melaka daripada Nilai.
Pukul 8pagi sharp aku sampai sana.
Korang kira lah sendiri pukul brapa aku turun rumah n bersiap nak pegi sana.
Dah ambil cuti yang tinggal satu hari sahaja nih..
Sampai kat sana, pakgad tanye datang untuk apa eh?
Untuk walk in interview.
Dier suh ak duk tepi.. Maybe dier nak details kot..
Lps tu dier dtg dgn senarai nama.
Awak nama apa yea?
Dalam hati aku. 'Aik..walk in interview pun ader senarai nama ker?'
Dier cakap xder walk in interview. Kalau takde nama dalam senarai nie aku xleh masuk.

Dengan pikiran blurr..aku anggukkan saje..
Then pkir..pehal boleh jadi camni? Xder consideration ker dorg nie sampai mmg xkasi masuk klu xder nama... Drpd jauh kot sumer....
Pastu call sumer org sbb aku dah buntu time tu...kakak ipar aku pun dh buntu dh..
Dtg drpd jauh nie..duit minyak dah habes nie... Camne nie? (Banyak sgt la 'nie' kau)

Pastu dalam kekalutan kami, datang makhluk Allah sorg nie... Dier pun bernasib sama macam aku.. Dia dtg all d way from Kedah.. Kau bayangkan...
Still mengganggur.. Still searching.. Engineering..
Harapan besar untuk interview nie..
Kemungkinan besar dier dtg drpd Kedah ngan motor..
Dier dah pasrah dh... Juz aku yang xpuas ati..

G tnye blk pakgad tu..dier ckp kami dapat arahan cmtu..mmg org y ader dlm senarai jea dibenarkan masuk..n di'interview'... Tunjuk bukti pun dier mmg lgsg xnk tgk..

Ader jugak lah 2org lain lagi yang terkena macam kami...
Call pihak atasan, tnye.. Dier ckp xder..
Kakak aku call, dier ckp ader tp kna bg nama dulu...
Mana satu?

N 1lagi... Bukan nak comment.. Tp lbh kepada komplen.. Customer service bagi kolej tu memang agak HAMPEH..
Nak aje aku cakap kaw2 punyer... Tp sbb malas nak cari gaduh.. Aku diamkan ajer... Mmg sampai skang aku masih teringat lagi sal pompuan yang angkat call aku pagi tadi... Memang HAMPEH ah layanan dier..

Panjang kan?
So moral of d story... Jgn nak percaya sangat lah iklan y dalam FB tu.. Klu ader, call dulu..cari details... Ok? salah aku jugak xcheck details dier... Ok..

Bubbye 

: : esok kena kerja

Wednesday, January 21, 2015

Interesting experience

Hari nie....

Urmmm... Everything happen like what i wish for..
Aper yang menarik?
Sumer menarik.. Hii..

Hari nie dapat passenger overbook.. Tiap2 hari pun dapat sebenarnya. Tapi hari nie hepi sikit sebab dapat pax yang sangat sporting.

Overbook pun boleh senyum.
Dier xder marah xder aper..jz snyum n cakap "its ok.. I understand"..
Waa.. Bagus nak mampus weyhs klu dpt pax mcm nie hari2..
Xder lar berpeluh ketiak klu nmpk kat skrin check in tu STL.. Mmg night mare weyhs klu dpt STL and CAP gaps... Tp klu dpt pax y mmhami mmg heaven.. Syukur sesangat..

Urm aku nak bergambar ngan dier..tp xder courage ntk nk bgmbr sbb kat check in counter xleh pgg nset scra tbuka pun... Sebab takut leka katanya...
Urm nk wat cmner?
Dh lar dier cantik gler wei...huu

1lg hari nie... Indian nak ambil gambar dengan aku.. "Can i take picture with you?" Wah.. Feeling artis gtu... Kau hado? Hak3..

Ader lagi... Aku try luck dengan orang yang pgi overc sbb biz.. Mayb org bsr.. Aku ingatkan dier naik economy. Rupanya business class.. N dier amik email n specialty aku untuk dimajukan kepada dorg yang nak mathematician macam aku.. Insyaallah ader rezeki..percaya pada rezeki Allah.. Kannn??

All u can have in customer service..ok?

Tu jea..
Mesti ramai yang xpaham kan terminologi overbook n pax kn? Nnt ader masa aku buat entry sal MAS or airline terminologi...
Bnyk gler aku janji ngan korang kan?huuu

Kbai

: : Diari seorang Check in agent

Sunday, January 18, 2015

Selepas sebulan

Assalamualaikum..

Selepas sebulan aku duk KLIA.. Keje kat sana.. MH Apprentice.. Macam2 belajar..

Belajar handle argue
Belajar handle caci maki
Belajar handle coldness senior
Belajar kenal sistem
Belajar jadi peramah
Belajar take d gud side of others

Macam2 aku belajar...
So far happening..

Ader y dah pernah maki aku
Ader y compliment aku
Ader y xsalahkan aku
Ader y paham
Ader y xpaham

Sumer tu kita akan belajar sikit demi sikit
Macam mana nak handle sistem y berlainan
Macam mana nak buat hati jadi kental

Kalau kau dh boleh buat kat MAS s a frontliners
Memang kau boleh buat keje lain y lbh tggi drpd nie
Kau akan dapat tahan caci maki
Kau akan boleh argue dlm polite way
Belajar senyum

K lah..ngantuk dh..
Next time plak update..

Nyte...
Assalamualaikum

Tuesday, January 13, 2015

Open Interview Kolej Matrikulasi Melaka

Assalamualaikum semua..

Lama weyhs aku tak ber'blogging' nih.. Last aku update time study master.. Staun dah weyhs..
Tetiba plak kan aku nak tulis blog nie kan..

Blog used to be my way of describing something, tell others something, luahan perasaan, jiwang2 gtu... Sumer lahs..

Ok dah..tak yah nak melalut sahngat lahs dayah..
Ok.. Aku juz nak inform korang yang Kolej Matrikulasi Melaka akan menjalankan Walk-in Interview to those yang nak jadi cikgu/lecturer kolej matrikulasi..

Setahu aku, kolej matrikulasi is under KPM.. Kementerian Pelajaran Malaysia. (Info aku tak terer sgt .. Pelajaran/pendidikan?? Aku pn xpasti..slalu brubah)

Hokeh?

Nie skrinshot drpd nset aku.. Yang di'share' oleh kakak iparku thorsayang..hik3..

Aku pun tengah fikir nak pergi ker tak walk in nie...tp berat kepada pergi.. Anyway kena tengok cuti dulu.. Almaklum lah aku sekarang nie keje xserupa orang lain.. Aku keje shift.. MH Apprentice..

Nanti ader kelapangan aku cerita bendalah aper MH Apprentice nie.. Korang tau MH? Korang tau Malaysia Airlines? Korang tau airlines yang selalu dikutuk sebab tragedi and kerugian tu? Haaa.. Ngan dorang lah aku keje sekarang nie... Hokeh?

Nanti aku cerita macam mana nak masuk to those yang berminat ntk kerja dalam airlines nie.. Hokeh? Pengalaman kat sini korang takkan jumpa kat mana2 habaq ang...hee..

Okeh.. Masa untuk aku tdo.. Sebab esok shift pagi.. 3jam lagi aku kena bangun.. Hokeh? Nunyte..

: : shift pagi start pukul 6 pagi..