Saturday, June 18, 2022

Terima dan Meragam

Terima aku
Bukan bermaksud aku takkan meragam
Tapi aku try untuk digest semua benda yang kau berikan pada aku

Aku juga manusia
Aku juga punya hati
Aku bukan tunggul
Yang takde hati dan perasaan

Kucing pun pandai merajuk bila tuannya lebihkan kucing BARU yang lain.

Aku manusia
Punya hati dan perasaan

Aku isteri
Punya maruah

Jadi jangan persoalkan penerimaan aku
Walaupun aku ada masa meragam
Kerana aku manusia biasa
Kerana aku seorang isteri
Kerana aku seorang perempuan

Jangan pertikaikan seperti aku perlu SEMPURNA seperti yang engkau inginkan