Tuesday, April 11, 2023

Buat lain cakap lain

I'm writing this.
So that people would know
Psikologi seorang perempuan
Seorang isteri
Seorang surirumah
Trying so hard to be the best wife and mother to her husband and children.

Maybe you know about this all along.
But still 
I just wanna say this
I just wanna write this.

Bila seorang isteri
Ask for something
And you. As her husband says "No. I would give this much only. Got a lot of baju already. Its too expensive."

And then you give as much as she ask or even more.
But the feeling.
The taste.
Is not the same anymore.

While you saying NO, they are so frustrated.
She just want to have a moment maybe to shopping for the whole family.
But because of money.
She had to ask you.

But the moment you said NO.
She knows that she had to do something to get things done.
To shopping for the whole family.
And thats when she try so damn hard to korek2 dalam tabung or account mana yang boleh dia guna untuk fulfill semua tu.
Coz kids need to be happy.
Kids need that new shirt.

As much as she are happy when she's in that age of her kids, she wants the exact same feeling her kids feel.
But the difference is she don't have money.
She have to work for it.

And sometimes.
It become 'tawar hati'
Adding up here and there the 'terasa' part.
It will become tawar.

And the gift?
The money that husband give?
Is sour.
Is 'tawar'
No spice at all.

Why?
Because she already lose hope on you.
Eventhought you are the provider to that family.

So husbands.
Mind your language.
Mind your 'joke' part.
Sometimes it will make your wife become 'tawar'.

Just a kind reminder to everyone.

Monday, February 6, 2023

Mixed Marriage

For those who think that mixed marriage is an easy thing.
Well
You got it wrong.
Especially for the communication part.

Coz it will have so many many many miscommunication throughout the marriage.

As me
Cannot speak Hokkien and Mandarin.

I tempt to get misunderstanding
And for that time
You will think that I should learn.
In real time.
Wont have enough time
As you have to do everything and any house chores depends on you.
And also you need to find money to meet your needs 

For husband
Should understand that his wife is not Mandarin/Hokkien speaker
So he should tell everything
To avoid misunderstanding
Not just pandai2 you lah nak masuk dalam family I.
It will affect your relationship.

One will outspokenly do anything that you think right.
And the other one silently killed inside
And get damage.

Point here is.
Communication is the KEY.

Communicate
Talk

As simple as
I don't like that.

As simple as that.
And appreciate what your spouse tell u
Its her/his feeling
Respect it
Not condemn it

Saturday, June 18, 2022

Terima dan Meragam

Terima aku
Bukan bermaksud aku takkan meragam
Tapi aku try untuk digest semua benda yang kau berikan pada aku

Aku juga manusia
Aku juga punya hati
Aku bukan tunggul
Yang takde hati dan perasaan

Kucing pun pandai merajuk bila tuannya lebihkan kucing BARU yang lain.

Aku manusia
Punya hati dan perasaan

Aku isteri
Punya maruah

Jadi jangan persoalkan penerimaan aku
Walaupun aku ada masa meragam
Kerana aku manusia biasa
Kerana aku seorang isteri
Kerana aku seorang perempuan

Jangan pertikaikan seperti aku perlu SEMPURNA seperti yang engkau inginkan

Friday, May 21, 2021

APA SUMBANGAN AKU?

 Listening to the pertempuran Palestin Israel

What I'm thinking is.

APA SUMBANGAN AKU?

APA AKU KENA BUAT UNTUK BE PART OF IT?


Then I realize.

We have to strengthen our MUSLIM ECONOMY.

Do everything that you can to strengthen your ECONOMY my dear MUSLIM.


In my shoes, I have to give values to others. MUSLIM especially. Give chance to people to get their own ECONOMY.

Insyaallah I will.

KAWAN? TEMAN? PASANGAN?

Ramai tak kat sini yang berfikiran

" Nanti kawen aku akan focus pada pasangan aku jea."

"Aku dah tak boleh berkawan dah."

"Aku akan tinggal semua yang aku buat time bujang bila dah kawen."


Nasihat aku? JANGAN.

Melainkan benda tu BURUK/JAHAT. Then baru korang boleh tinggalkan..

Kalau semua yang korang kerjakan adalah BAIK. JANGAN TINGGALKAN.


Contoh: BERKAWAN

Jangan tinggalkan kawan hanya sebab kau dah kawen


Itu kesilapan aku yang paling besar yang aku buat once melangkah ke alam perkahwinan.

I left behind my friends, tak contact. My life is dedicated to this marriage. Tapi at the end of the day, aku disakiti dan takder tempat untuk aku bercakap.


KAWAN is KAWAN

PASANGAN is PASANGAN


Tapi semua tu kena ada batas.

Sebab tu ada term "me time". Benda tu aku paling tersangat amat SOKONG.

Itulah guna me time tu.. Untuk korang mingle dan bersendirian dengan kawan2 korang. Pegi makan, pegi jalan2. Tanpa suami dan anak2..

Tapi once aku nak apply semua tu, aku bersendirian. Dan jenis aku, aku takut nak keluar kalau sorang2.. At the end of the day, aku buat benda yang menuntut aku sorang jea yang diperlukan untuk kerja tu.

U know what I mean?


So, jangan buang kawan. U need friends eventough you got your spouse and kids.

Once korang buang dan dah takder kawan, nak buat kawan lain, it will takes time. Dan jangan jadi macam aku. Dah tak pandai untuk buat kawan dah.


Dan bagi yang SINGLE NOT AVAILABLE, nanti aku bagitau korang jangan pernah buat benda salah yang aku buat sebelum nie..

Dan frankly speaking, AKU MENYESAL BUAT BENDA TU.

Thursday, May 20, 2021

AKU TAK MENYERAH

 Maybe akan keluar banyak posting aku untuk kali nie.

Maybe bulan nie.. Maybe tahun nie.. Maybe harini..

I dunno..

Sebab sekarang nie aku dalam proses untuk diri aku sendiri..

Dan aku perlu kembalikan sesuatu yang aku suka yang aku dah tinggalkan start aku kawen n ada anak..

Maybe blogging adalah salah satu cara untuk aku heal daripada kesakitan ini.


Kesakitan.

Ujian


Banyak masa kita akan nak give up. Betul tak?

Yes.. Ada masa aku nak give up dengan hubungan nie. Sebab sakitnya memang tak tertanggung kadang2 tu..

Tapi kenapa aku still bertahan?

Sebab aku nak cuba semuanya sebelum aku give up. Sebelum aku undurkan diri.

Sebab banyak benda yang aku belum buat untuk hubungan nie..


Korang pernah dengar lagu "The One That Got Away" and " When I Was Your Man"?

Aku taknak jadi macam tu bila aku decide untuk let it go.

Aku nak let it go dengan PRIDE. Dengan penuh BERMARUAH. Dengan penuh KARISMA.. COOL lah katakan..

Sebab tu aku decide untuk keep on trying. Over and over and over again.. Walaupun aku keep on failing. But its ok.. Its a process.

So no worries..


Last skali, pesanan aku pada wanita2 yang sama nasib atau lagi worst...

Jangan terus give up disebabkan kesakitan itu. Tengok dulu apa yang kita boleh perbaiki. Supaya kita takkan menyesal bila kita melangkah keluar dari sesuatu hubungan tu..

Dan jujur aku cakap...

Memang sakit.. Tapi bila kita try untuk perbaiki semuanya, insyaallah benda tu akan berbaloi walaupun kita terpaksa untuk melangkah keluar.

Dan kita dah ADA MARUAH time tu.

Dan trust me...

YOU ARE AMAZING

YOU ARE SUPER DUPER GREAT WIFE AND MOTHER

Aku Bersyukur

Aku dah berkahwin 5++ tahun

Alhamdulillah dikurniakan anak daripada perkahwinan nie.

Tapi rumahtangga aku dilanda badai pada tahun kedua perkahwinan.


Despite all these things happened, still ada benda yang aku bersyukur.


Aku bersyukur.

Sepanjang ujian melanda rumahtangga aku, aku diberikan ibu dan bapa mertua yang sangat supportive. Walaupun dorang tak tau macam mana kami harungi hari2 mendatang, tapi dia tau masalah tu. Walaupun aku dah takder muka depan family mertua aku disebabkan masalah nie, aku still bersyukur dorang sangat supportive.


Aku jugak bersyukur aku dikurniakan suami aku sekarang.

Kenapa?

Sebab dia bagi aku buat apa sahaja.

Despite semua kesakitan yang dia berikan kepada aku, ada part yang aku bersyukur dan tak rasa orang lain boleh buat apa yang dia buat sekarang.

Dia support aku dalam bisnes.. Dia bagi sokongan moral dan always there for me untuk aku cerita. Walaupun kadang2 dia tak suka aku cerita dan expression dia menunjukkan tak berminat, but still he give me chance to do whatever I want.

Itu aku sangat bersyukur.

Kalau lah aku kawen dengan orang lain, maybe dia tak support aku untuk bisnes. Paling teruk, dia dan family dia hentam aku sebab aku tak kerja kerajaan dan takder gaji besar.

Sebab tu aku cakap, aku sangat bersyukur dengan perkahwinan ini.

Walaupun kesakitan yang diberikan sangat tak terjangkau olehku...


Alhamdulillah..

Dengan ujian dan kesakitan daripada perkahwinan aku, aku sekarang boleh bukak kedai. Walaupun bukan kedai yang seperti korang bayangkan, tapi still, aku bekerjaya.. Bukan duduk rumah 24jam.

Aku ada tempat untuk aku buat keje dan aku ada tempat kalau aku nak lari.. ha8..


Dengan kesakitan ini, aku bangkit daripada keselesaan aku.

Keselesaan ada suami, ada anak, suami setia, ada orang tampung hidup aku.

Aku bangkit daripada keselesaan itu. It's a wake up call yang mengatakan, tak semuanya akan kekal kalau kau tak bangkit untuk diri kau sendiri.

Dan dengan kesakitan ini, aku sedar bahawa BUAT UNTUK DIRI SENDIRI. Bukan untuk orang lain.

Orang lain akan perlekehkan kau. 

Orang lain akan tinggalkan kau.

Tapi kau takkan tinggalkan diri kau sendiri.

Kau akan setia dengan diri kau sendiri.

Sebab itu, kau kena buat untuk DIRI KAU SENDIRI.

 

Aku belajar itu daripada kesakitan dan ujian dalam rumahtangga aku.

Dengan ujian ini, aku mula cari jalan untuk ada duit sendiri, ada gaji sendiri, ada kerja sendiri.

Sebelum nie aku jalankan biz nie jugak.. tapi still dalam mindset, buat biasa2.. Lepas kesakitan ini, aku start untuk cari guru, cari circle dan orang yang boleh guide aku untuk buat biz ngan betul.

Dan alhamdulillah sekarang aku ada GAJI dengan BISNES SENDIRI.


For those yang membaca blog ini, yang menghadapi masalah sekarang.

WAKE UP!!!

Bangun sekarang!!!

Korang sangat terpilih untuk menghadapi kemelut dan ujian dan kesakitan ini.

Tak semua orang merasai semua ini dan boleh menghadapinya.

Anda KUAT!!!

Don't let it diminish you potential. You have to breakthrough this phase untuk korang capai apa yang korang nak.

 

Jangan pernah menyerah.

Dan bersyukur lah dengan adanya ujian dan kesakitan ini.