Saturday, February 14, 2015

Dalam Kenangan Tok Guru Nik Aziz

Assalamualaikum..

Dalam kesedihan sebenarnya..
Kerana pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Aku anak Kelantan

Aku sedih kerana tak sempat untuk berjumpa dengannya.
Aku sedih sebab tak sempat bagi ank2 aku merasa pemerintahannya.
Aku sedih sebab hilangnya seorang ulama terunggul di Malaysia.

Aku dah tekad. Aku akan bagi anak aku untuk ditahnikkan oleh Tok Guru pada hari ke-7 kelahiran anak2 aku.
Tapi aku tak sempat buat sumer tu..
Sebab aku tak kawen lagi.
Aku tak sempat buat sumer tu..

Kat mana lagi aku nak cari ulama' seperti itu?
Kat mana lagi aku nak cari seorang pemimpin yang 'down to the earth'?
Yang boleh bergaul dengan rakyat.
Boleh tahnikkan anak2 org yang dier langsung tak kenal.
Tak mintak sesen pn..
Sapa yang rasa nak bagi, bagi.
Xder duit.pokai.its ok.. Kewajipan seorang ibu bapa sudah dijalankan.

Ditahnikkan tu adalah belah mulut bagi kitorg..
Bayi y baru lahir, hari ke-7 kelahiran, sunat belah mulut.
Tp drpd org2 y alim lah..
Sumer pergi kat dier.
Yang nak cut cost tp still jalankan amalan sunat boleh pegi sana..kat Tok Guru Nik Aziz.. Beliau akan 'belahkan mulut'..

Mana lagi nak cari?

Aku pergi kerja ptg td..ader abg tu bercerita tentang Tok Guru.
Beliau balik ke rumah lepas sihat. Malam tu. Beliau hanya baca Quran. Tak tido.
Mungkin beliau telah tahu bahawa
itu adalah kali terakhir beliau akan dapat baca Quran.
Itu adalah kali terakhir beliau tak tido.
Itu adalah kali terakhir beliau dapat tengok anak bini
Itu adalah kali terakhir beliau dapat melihat cahaya malam dan siang.

Kerana selepas ini beliau akan menuju Allah.
Menuju ke alam fana yang hakiki.
Bertemu Allah.
Merasai segala kenikmatan di syurga hasil benih yang ditaburkan di dunia.
Dengan taburan sabar dan keimanan.

Kami rakyat jelata amat merinduimu Tok Guru.
Kami akan mengenangmu dalam lipatan sejarah yang paling terindah.
Dikau adalah umat yang terpuji.
Dikau ulama' yang terhebat.
Dikau pemimpin yang disegani
Dikau adalah wira perjuangan Islam di alam siber.

Kami merinduimu Tok Guru Nik Aziz.
Kami amat merinduimu.
Semoga perjuangannyamu tidak terhenti dikuburanmu

Damailah dikau di sana.
Semoga Allah merahmatimu...
Berehatlah dikau buat selamanya....

Kenangan terindah.
TokGuruNikAziz 0329 14feb15

No comments:

Post a Comment