Thursday, May 20, 2021

Aku Bersyukur

Aku dah berkahwin 5++ tahun

Alhamdulillah dikurniakan anak daripada perkahwinan nie.

Tapi rumahtangga aku dilanda badai pada tahun kedua perkahwinan.


Despite all these things happened, still ada benda yang aku bersyukur.


Aku bersyukur.

Sepanjang ujian melanda rumahtangga aku, aku diberikan ibu dan bapa mertua yang sangat supportive. Walaupun dorang tak tau macam mana kami harungi hari2 mendatang, tapi dia tau masalah tu. Walaupun aku dah takder muka depan family mertua aku disebabkan masalah nie, aku still bersyukur dorang sangat supportive.


Aku jugak bersyukur aku dikurniakan suami aku sekarang.

Kenapa?

Sebab dia bagi aku buat apa sahaja.

Despite semua kesakitan yang dia berikan kepada aku, ada part yang aku bersyukur dan tak rasa orang lain boleh buat apa yang dia buat sekarang.

Dia support aku dalam bisnes.. Dia bagi sokongan moral dan always there for me untuk aku cerita. Walaupun kadang2 dia tak suka aku cerita dan expression dia menunjukkan tak berminat, but still he give me chance to do whatever I want.

Itu aku sangat bersyukur.

Kalau lah aku kawen dengan orang lain, maybe dia tak support aku untuk bisnes. Paling teruk, dia dan family dia hentam aku sebab aku tak kerja kerajaan dan takder gaji besar.

Sebab tu aku cakap, aku sangat bersyukur dengan perkahwinan ini.

Walaupun kesakitan yang diberikan sangat tak terjangkau olehku...


Alhamdulillah..

Dengan ujian dan kesakitan daripada perkahwinan aku, aku sekarang boleh bukak kedai. Walaupun bukan kedai yang seperti korang bayangkan, tapi still, aku bekerjaya.. Bukan duduk rumah 24jam.

Aku ada tempat untuk aku buat keje dan aku ada tempat kalau aku nak lari.. ha8..


Dengan kesakitan ini, aku bangkit daripada keselesaan aku.

Keselesaan ada suami, ada anak, suami setia, ada orang tampung hidup aku.

Aku bangkit daripada keselesaan itu. It's a wake up call yang mengatakan, tak semuanya akan kekal kalau kau tak bangkit untuk diri kau sendiri.

Dan dengan kesakitan ini, aku sedar bahawa BUAT UNTUK DIRI SENDIRI. Bukan untuk orang lain.

Orang lain akan perlekehkan kau. 

Orang lain akan tinggalkan kau.

Tapi kau takkan tinggalkan diri kau sendiri.

Kau akan setia dengan diri kau sendiri.

Sebab itu, kau kena buat untuk DIRI KAU SENDIRI.

 

Aku belajar itu daripada kesakitan dan ujian dalam rumahtangga aku.

Dengan ujian ini, aku mula cari jalan untuk ada duit sendiri, ada gaji sendiri, ada kerja sendiri.

Sebelum nie aku jalankan biz nie jugak.. tapi still dalam mindset, buat biasa2.. Lepas kesakitan ini, aku start untuk cari guru, cari circle dan orang yang boleh guide aku untuk buat biz ngan betul.

Dan alhamdulillah sekarang aku ada GAJI dengan BISNES SENDIRI.


For those yang membaca blog ini, yang menghadapi masalah sekarang.

WAKE UP!!!

Bangun sekarang!!!

Korang sangat terpilih untuk menghadapi kemelut dan ujian dan kesakitan ini.

Tak semua orang merasai semua ini dan boleh menghadapinya.

Anda KUAT!!!

Don't let it diminish you potential. You have to breakthrough this phase untuk korang capai apa yang korang nak.

 

Jangan pernah menyerah.

Dan bersyukur lah dengan adanya ujian dan kesakitan ini.

No comments:

Post a Comment