Sunday, August 4, 2019

Isteri

Wahai suami..
Hargailah seorang wanita yang bernama ISTERI

Dia yang selalu mengirimkan doa di setiap langkahmu
Dia yang selalu memberi laluan kepadamu untuk mencapai impianmu
Dia yang selalu support segala keputusanmu dalam sedar atau tak, dalam gembira atau terluka, dalam rela atau keterpaksaan
Dia yang melahirkan zuriatmu
Dia yang menanggung segala sakit untuk melihat kau mempunyai zuriat keturunan
Dia yang rela mengorbankan diri sendiri untuk melihatmu bahagia

Mungkin dipandangan matamu
Dia terlalu bodoh
Dia terlalu hodoh
Dia terlalu tidak mendengar cakap
Dia terlalu messy
Dia terlalu tak pandai menjaga diri
Dia terlalu busuk
Dia terlalu menyusahkanmu
Dia terlalu menyakitkan hatimu
Dia terlalu tak bernafsu
Dia terlalu emosi
Dia terlalu menimbulkan marahmu

Tapi lihatlah dalam segi pengorbanannya padamu
Banyak impian yang dia perlu kuburkan demi bersamamu
Banyak hati yang terpaksa dia sakitkan demi untuk menyenangkanmu
Banyak masa dia habiskan untuk melengkapkanmu
Banyak tenaga yang dia habiskan untuk membahagiakanmu
Banyak sabar yang dia tanggung demi melayan kerenahmu

Hargailah dia..
Jangan kerana sedikit kekurangan, kau buka pintu hatimu pada perempuan yang HARAM engkau lihat dan tatap..
Jangan hanya kerana benda yang remeh, engkau mengagung2kan kesalahannya
Jangan kerana kau terasa hati, kau tutup semua pintu hatimu untuk menyayangi, mencintai, merinduinya. Dan membuka seluas2nya pada perempuan lain yang belum tentu boleh terima engkau sehebat isterimu.

Hargai dia.
Berterima kasih padanya.
Sayangi dia.
Lindungi dia.
Beri peluang padanya.
Rindui dia.

Kerana tiada apa yang sakit bagi isteri selain mengetahui hakikat bahawa dia tak disayangi, dirindui, dicintai oleh suaminya..
Kerana sampai satu tahap, isteri akan berhenti mencintai, merindui, menyayangi suaminya..
Kerana terlalu sakit dengan hal itu..
Kerana terlalu tak dihargai segala pengorbanannya..

: : just giving an advice to husbands that take wifes for granted

No comments:

Post a Comment