Tuesday, July 30, 2019

Kecukupan seorang suami

Note: Aku menulis dari perspektif aku sebagai seorang isteri

Banyak kali aku terbaca pasal rezeki suami bergantung pada layanan dia kepada isterinya..
Kalau melimpah ruah rezekinya, layanan dia pada isteri tiptop.
Kalau sebalik, sebaliknya lah layanan dier pada isteri.

Isteri diduga bila suami tidak punya apa2.
Suami diduga bila dia mempunyai apa2.

Dan suami juga akan diduga bila MERASAKAN cukup segalanya..
Tapi dia lupa isteri yang tahu dia cukup atau tak..

Bila suami merasakan
Dia mampu
Dia dah bagi cukup

Dia akan start nak pasang lainnn
Semua yang bini buat semua tak elok
Semua tak sempurna
Perempuan lain lebih sempurna disisi dia
Perempuan lain lagi anggun daripada isteri
Perempuan lain lagi memahami dia daripada isteri

Yang sempurna hanya perempuan lain
Yang tak sempurna hanya isteri

Tapi dia lupa.
Isteri sanggup bersusah senang dengannya.
Sanggup terima apa sahaja yang dia bagi.
Walaupun tak cukup, isteri diamkan.
Kalau isteri rasa tak cukup, dia akan usahakan sendiri.
Sedaya mungkin isteri tak nak membebankan dia
Sebab isteri tau, sang suami dah penat pegi keje, isteri sedaya mungkin taknak menyusahkan dia..
Isteri sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang berbin/bintikan si suami.
Nama isteri xder pun dalam nama anak.. Bila meninggal jea ada nama isteri.
Tu pun tak cukup bersyukur lagi ker sang suami?

Isteri adalah amanah
Isteri adalah anugerah
Anak adalah amanah
Anak adalah anugerah

Bila kau dah khianati amanah dan anugerah yang Allah berikan pada engkau, akan ada rasa tenang dan cukup lagi tak selepas itu?

Kau tak pernah syukuri rezeki, rahmat, kasih sayang yang diberikan oleh Sang Pencipta dengan adanya isteri dan anak..
Kau lupa setiap langkah perjalanan kau, diiringi oleh orang yang sangat menyayangi kau.
Ibu bapa, anak isteri, mertua..
Kau lupa semua tu.

Bila kau rasa cukup, kau rasa nak tambah cawangan..
Kekurangan yang ada pada isteri, kau jadikan alasan untuk kau beralih hati.
Kekurangan isteri, kau tampung dengan kelebihan kekasih.
Yang mana semua nampak manis dipandangan mata kau.
Sebab syaitan tengah tutup kemeluatan kau pada sang kekasih.
Kau lupa akan ada hati yang sangat tersakiti.
Kau lupa bila Allah bukak hijab yang melindungi perbuatan kau, semuanya akan berubah.
100% akan berubah.

Isteri yang dulunya selalu menunggu engkau pulang, kini mungkin tak lagi.
Isteri yang dulu lembut menyantuni anak zuriatmu, kini dah berubah menjadi kasar.
Isteri yang sangat penyabar, kini tak lagi.
Dan isteri yang sangat kuat menghadapi cabaran, akan rebah dengan ujian ini.

Selepas hijabmu terbuka, kau merungut merasa tak cukup.
Kau merungut merasa tak tenang.
Salah siapa?
Salah isteri ker yang dah tak doakan engkau?
Salah anak ker yang dah tak doakan engkau?
Salah anak dan isteri ker tak redha dalam setiap perjalanan engkau?
Isteri dan anak ker yang bersalah?

Andai tiada hati, lepaskan dengan cara yang baik.
Sebagaimana kau berusaha untuk mendapatkannya dulu, macam tu jugak lah kau kena pulangkan balik kepada ibu bapanya..

: : sekadar perkongsian😘

No comments:

Post a Comment