Tuesday, July 30, 2019

Kecukupan seorang suami

Note: Aku menulis dari perspektif aku sebagai seorang isteri

Banyak kali aku terbaca pasal rezeki suami bergantung pada layanan dia kepada isterinya..
Kalau melimpah ruah rezekinya, layanan dia pada isteri tiptop.
Kalau sebalik, sebaliknya lah layanan dier pada isteri.

Isteri diduga bila suami tidak punya apa2.
Suami diduga bila dia mempunyai apa2.

Dan suami juga akan diduga bila MERASAKAN cukup segalanya..
Tapi dia lupa isteri yang tahu dia cukup atau tak..

Bila suami merasakan
Dia mampu
Dia dah bagi cukup

Dia akan start nak pasang lainnn
Semua yang bini buat semua tak elok
Semua tak sempurna
Perempuan lain lebih sempurna disisi dia
Perempuan lain lagi anggun daripada isteri
Perempuan lain lagi memahami dia daripada isteri

Yang sempurna hanya perempuan lain
Yang tak sempurna hanya isteri

Tapi dia lupa.
Isteri sanggup bersusah senang dengannya.
Sanggup terima apa sahaja yang dia bagi.
Walaupun tak cukup, isteri diamkan.
Kalau isteri rasa tak cukup, dia akan usahakan sendiri.
Sedaya mungkin isteri tak nak membebankan dia
Sebab isteri tau, sang suami dah penat pegi keje, isteri sedaya mungkin taknak menyusahkan dia..
Isteri sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang berbin/bintikan si suami.
Nama isteri xder pun dalam nama anak.. Bila meninggal jea ada nama isteri.
Tu pun tak cukup bersyukur lagi ker sang suami?

Isteri adalah amanah
Isteri adalah anugerah
Anak adalah amanah
Anak adalah anugerah

Bila kau dah khianati amanah dan anugerah yang Allah berikan pada engkau, akan ada rasa tenang dan cukup lagi tak selepas itu?

Kau tak pernah syukuri rezeki, rahmat, kasih sayang yang diberikan oleh Sang Pencipta dengan adanya isteri dan anak..
Kau lupa setiap langkah perjalanan kau, diiringi oleh orang yang sangat menyayangi kau.
Ibu bapa, anak isteri, mertua..
Kau lupa semua tu.

Bila kau rasa cukup, kau rasa nak tambah cawangan..
Kekurangan yang ada pada isteri, kau jadikan alasan untuk kau beralih hati.
Kekurangan isteri, kau tampung dengan kelebihan kekasih.
Yang mana semua nampak manis dipandangan mata kau.
Sebab syaitan tengah tutup kemeluatan kau pada sang kekasih.
Kau lupa akan ada hati yang sangat tersakiti.
Kau lupa bila Allah bukak hijab yang melindungi perbuatan kau, semuanya akan berubah.
100% akan berubah.

Isteri yang dulunya selalu menunggu engkau pulang, kini mungkin tak lagi.
Isteri yang dulu lembut menyantuni anak zuriatmu, kini dah berubah menjadi kasar.
Isteri yang sangat penyabar, kini tak lagi.
Dan isteri yang sangat kuat menghadapi cabaran, akan rebah dengan ujian ini.

Selepas hijabmu terbuka, kau merungut merasa tak cukup.
Kau merungut merasa tak tenang.
Salah siapa?
Salah isteri ker yang dah tak doakan engkau?
Salah anak ker yang dah tak doakan engkau?
Salah anak dan isteri ker tak redha dalam setiap perjalanan engkau?
Isteri dan anak ker yang bersalah?

Andai tiada hati, lepaskan dengan cara yang baik.
Sebagaimana kau berusaha untuk mendapatkannya dulu, macam tu jugak lah kau kena pulangkan balik kepada ibu bapanya..

: : sekadar perkongsian😘

Sunday, July 7, 2019

Tak salah berkawan

Wahai lelaki dan perempuan yang berkerjaya..

Tolong tolong tolong tolong..

Tolong jaga batas pergaulanmu di tempat kerja..
Engkau habiskan banyak masa di tempat kerja..
Ada yang sampai terjatuh hati pd rakan sekerja sebab terlalu sangat TAK MENJAGA batas pergaulan..

Tak kisah lah kau banyak agama..
Tak kisah lah kau kuat iman..
Kau rasa takkan jatuh hati, takkan TERSUKA pada perempuan/lelaki bukan pasanganmu..

Tapi still kau kena jaga batas pergaulan tu..

Kata "tak berkembang", "katak bawah tempurung" untuk orang yang xreti bergaul, menjaga sangat bab2 pergaulan..
Tapi bagi aku lagi baik jadi "katak" daripada kau jadi "bab*" yang menyondol orang dan menjerumus pada zina..

Maaf yea perkataan ini kasar..
Tapi kebenaran ada disitu..

Jangan rosakkan rumahtangga orang..
Dengan pergaulan yang tak terbatas, akan ada hati tercuit.
Akan ada perkara yang tak diingini berlaku..

Tak salah berkawan..
Tapi sampai mintak tolong kawan yang lain jantina beli barangan dalaman tu, mcm urmmm.. Xder perasaan malu dah ker korang nie?
Tau dah selesa sangat2 ngan kawan tu.. Tapi jangan sampai benda dalaman pun kau mintak kawan lain jantina yang belikan..
Tak kisah lar nak bagi kat org ker, nk bagi kat diri sendiri ker..
Just don't..
Tak semua benda kau boleh 'selesa' berkongsi dengan kawan sekerja especially lain jantina..
Ada lah sikit malu untuk certain itemm..

Tu xsentuh lagi bertepuk tampar ngn kawan2 lain jantina..
Jaga batas pergaulan..
Yang tu yang aku nampak xramai org bekerjaya buat..

Kalau kau mintak kawan2 lain jantina beli 'secret' kau..
Sama lah jugak kau nak bagitau kau pakai apa kat dalam..
1 hal lagi xyah nak cakap2 pasal berhubungan ngn suami/isteri..
They are not suppose to know..
Kau xder modal lain ker nak sembang ngan kawan2 kau?
Benda tu jea ker kawan2 kau nk tau pasal kau?
Kau memang xder sikit pun perasaan malu ker?
Macam aku cakap..
Tu SECRET..

Kalau korang mintak tolong kawan lain jantina beli something 'secret', pasangan dorang tahu.. Apa pasangan dia rasa? Apa pasangan dia pikir?

Yang tukang beli pun..
Agak2 lar kau nak beli benda secret..
Have some shame sikit..
Xyah nak terlalu baik untuk benda yang bodoh cmtu..
Xpandai beli online?
Suruh kawan sama jantina yang beli..
Xyah nak suh kawan lain jantina..

Bahasa jahat aku..
Bodoh sgt ker nak paham benda tu?
Bodoh sgt ker nak paham perasaan pasangan yang kau suruh beli tu bila tau hakikat kejadian tu?

Aku pelik ngn org bnyk duit nie..

Mungkin ramai pasangan2 yang simpan jea..
Nie aku nak bgtau..
Jgn jd bodoh beli barang secret dengan alasan tolong kawan..
Kalaupun nk beli ntk kawan, kalaupun kau sorang yang pandai beli online dan semua orang nak mintak beli, sampai secret2 pn nk mnx kau beli, declare ngan pasangan.. Supaya xder salah paham lepas nie...

Just a note to myself..
Just nak bgtau orang yang take this thing lightly..

Kalau kau mati, kawan2 akan ingt kau kejap jea..
Family, pasangan akan rasa sgt2 kau xder..
Xyah nak baik sgt ngn org lain sampai sakitkan hati family dan pasangan...

Benda nie besar.. Bukan kecil..
Mungkin kecil sekarang.
Tapi akan jadi besar in future.

Tolong lar sensitif sikit pasal perasaan pasangan kau..
Kebiasaannya lelaki sbb dia ingt isteri xder hak untuk tau..
Isteri ada hak okey..
Isteri dah buat mcm2 bnda pada kau..
Kau boleh cakap lagi dia xder hak dalam hidup kau?
Isteri pun sama..
Kau gaji besar, kau xcinta laki kau, laki kau sporting..
Kau tau x dier trasa hati ngn kau?
Sbb kau beli menatang tu?
Mintak tolong jantan lain?
Haishhhh...

Dah..
Tu jea yang aku nak bebel lelama xberblogging nie..
Maybe harsh words inside..
Tapi tgk disebalik tu..

Thursday, December 31, 2015

LoveHate Relationship

Hubungan kami jauh..
Sorang Kelantan
Sorang Johor Bahru

Most of the time..
Kami akan gaduh..

Kalau gayut/cakap telefon..
Awal2 jea cakap elok2..
Lepas tu dah start bibit2 gaduh dah..
Sampai last skali die n aku sakit hati..
And 1 of us akan end call camtu jea..

Kalau cakap telefon
Abes cakap pun still d same..
Momentum yang sama ngan start cakap tuh..
Memang miracle lah..
Memang ajaib..
Memang aku pun heran...

But bila aku pikir..
Memang kami gaduh..
Selalu gaduh..
But we still hang on for 5years..
And saat nie..
Kami lagi sbulan nak jadi halal..
Which i did not expect it.
At all..
Seriously...

Well..
We had broke up..
N yes we continue it..
Which I think that we are not serious..

But well..
A month to go..
This is the result..

How?

Cz bila aku pikir balik..
He accept me..
My physical.
My emotion.
My strength n weakness..

N i think
He loves me.

Well..
I have so many weaknesses.
Obviously..
But he accept me..
Eventhough sometimes he can't accept it..
But yeah..

1thing comes across my mind..
TOLERATE

I do accept his weaknesses.
N he accept mine.
I do hate things that he said.
But buat bodoh..
Lebih kurang..
Kuang7..

Aper aku meroyan nih?
Dah lah..
Xblh tdo.
Terpikir hal nie..

Somehow..
This is my life line..
My experience..
My future maybe..

Doakan everything just going on based on the plan..

Gudnite..

Monday, December 28, 2015

Pavlova time

Hi...
Saper teringin nak makan pavlova kat Kelantan?
Kami ada menyediakan perkhidmatan membakar pavlova anda..

Jom reramai..
Whatsapp +60105757525 sekarang..

Monday, December 21, 2015

Kek Buah

Hai/Salam..

Sapa craving for sweets?
Sapa craving for a good quality of cake?

Kami ada sediakan khidmat membakar kek untuk anda.
Sekarang adalah
KEK BUAH

JOM2 whatsapp +60105757525 sekarang untuk book slot anda supaya kami boleh bakar kek anda dengan aman..

Come2..
Sedap sangat2..
Tak menyesal korang tempah slot ngan kami

Thursday, October 22, 2015

A Talk About Culture

Salam semua...
Hi..

Saya seorang MUSLIM.. and I'm proud of my religion.
And.. Saya seorang MELAYU.

No issue.

So kenapa ader entry nie?
ok..
Let's get started.

I'm a MUSLIM.
And I'm a MALAY.
I will enter a CHINESE family.

There's so much issue right?

Aper masalah?
Ader masalah?
Salah ker MALAY want to enter CHINESE.
and CHINESE want to enter MALAY?

ader masalah?
banyak kan?

akan ader issue seperti
1) dah tak der orang MELAYU dah ker yang kau nak kawen?
2) kau nak buang MELAYU kita?
3) kau nak buang adat tradisi MELAYU kita?
4) boleh ker kau masuk dalam family CHINESE dier?
5) boleh ker kau BIMBING dier?

these are the TYPICAL question yang sangat sadis di mata dan pikiran aku.
alah... yea lar..kau dah cinta sakan ngan dier sebab tu kau pkir sumer orang KOLOT.

aku TAK CAKAP KOLOT lah beb.
KAU yang cakap kolot.
so aper masalah?
kau yang rasa kau KOLOT.

JAWAPAN kepada issue di atas

1) ALLAH dah jadikan kita bermacam2 jenis bangsa dan warna kulit. So dah aku terpikat dengan akhlak dier and perwatakan dier. yang penting dier trime aku d way i am, nak buat macam mana? kau boleh TEPIS ker rasa kau kepada orang yang BERBANGSA lain? kau boleh ISOLATE perasaan untuk bangsa yang sama SAHAJA?

sama macam.
kenapa kau suka yang pendek?
kenapa kau suka yang lagi tua?
kenapa kau suka yang lagi muda?
kenapa kau suka yang lagi tinggi daripada kau?
kenapa kau suka yang hodoh?
kenapa kau suka yang cantik sedangkan kau macam katak puru?

aper korang akan jawab?
THINK. THINK. THINK.

2) ader aku cakap aku nak BUANG Melayu aku?

soalan aku pada korang yang pikir camtu awal pembacaan nie.
aper yang istimewa sangat MELAYU nie?
MAKSUM ker?
dah kompim ke KEISLAMAN dier?
Melayu tak buat SALAH ker?
yang penting... MELAYU MEMANG CONFIRM MASUK SYURGA KER?

3) TRADISI boleh bawak kau BAHAGIA kerr?
TRADISI boleh wat kau MATI ker?

TRADISI boleh janjikan kau SYURGA ker?

Tradisi yang paling biasa masa KAWEN.
BERSANDING.
kau rasa tu elok ker?
yes, elok. kalu kau TUNJUK isteri kau depan yang muhrim sahaja.
no, tak elok. kalau kau ikut tradisi MELAYU yang TAYANG isteri kau masa orang ramai datang (time rombongan lelaki sampai). sumer tu MUHRIM isteri kau ker?

and.
BERSANDING TU ADAT BANGSA MANA?
CONFIRM ker MELAYU?

so? kenapa nak mempertikai tradisi plak?
kalau tradisi Melayu pun CIPLAK tradisi INDIA?

4) boleh tak aku masuk? Insyaallah boleh masuk.
sekarang nie aku tengah usaha supaya aku boleh masuk tradisi dier. ngan family dier.
tapi masalah sekarang nie this TYPICAL MALAY bila dorang tau yang aku akan masuk CHINESE family, dorang akan tanya benda yang sama..

BENCI lah aku tengok kau nie makan ngan CHOPSTICK. makan lah dengan sudu.

kau rasa SUDU tu MELAYU ker?
kau rasa CHOPSTICK tu untuk CHINESE jea ker?
KOREAN, JAPANESE xpakai ker?

and yang paling penting..
aku kepit BABI ker ngan CHOPSTICK tu yang kau benci sangat aku makan ngan bendalah tu?
dalam ISLAM marah ker kalau makan ngan CHOPSTICK?

5) kau mana tau aku KENA BIMBING dier?
kalau DIER yang akan bimbing aku camner?

yang aku tengok.
MUALLAF nie lebih banyak agama/fahaman tentang ISLAM yang korang duk anut sejak keluar dari perut mak kau..

bukan nak cakap lah..
tapi MUALLAF yang biasa2 tu yang boleh BIMBING and TARBIAH orang lain.
MALAY GUYS yang biasa2 p mn? yang BUKAN USTAZ.
aku tak cakap semua MALAY tak berguna.
just korang pikir lah..

APA YANG ISTIMEWA SANGAT MELAYU BERBANDING BANGSA LAIN? sampai korang nak pertikai ADAT dan BANGSA orang lain?

THINK.THINK.THINK.THINK.THINK.

kalau dah adat lain.
bangsa lain.
try to adapt.

kita ISLAM.
amik semua benda dalam ADAT BANGSA lain, mix and match with ISLAM.
selagi tak langgar syarak, GO ON.
ALLAH tak marah.

dan satu lagi.
bukan ker kalau KAU KAWEN DENGAN MUALLAF, KAU BOLEH DAKWAH ORANG TAK MASUK ISLAM LAGI DALAM FAMILY DIER UNTUK MASUK ISLAM KER?

KORANG INGAT TAKDER GANJARAN DARIPADA ALLAH KER KALAU KORANG ISLAMKAN SEORANG YANG KAFIR?

p/s:
jangan TAKSUB sangat dengan BANGSA. tak leh bawak masuk KUBUR.
ALLAH tak tanya korang nie bangsa aper sebelum korang masuk SYURGA.

last skali.
MAAF kalau ada sesiapa yang terasa ngan entry kali nie.
aku bukan nak BLAME melayu.
n SEBELAHKAN chinese.
just my point is JANGAN BEZAKAN BANGSA.

SEMUA BANGSA SAMA JEA DIMATA ALLAH.
YANG BERBEZA ADALAH TAQWA.

sekian,
Terima kasih

Friday, August 28, 2015

MERDEKA PROMOTION

Hai,

Saper ader nak buat

~ business card
~ price tag or thank you card
~ sticker/transparent sticker

boleh whatsapp +60105757525 untuk sebarang info.

coz sekarang kami tengah buat MERDEKA DAY PROMOTION