Monday, July 1, 2024

Nak kawin !!!

Faham.
Dah ada calon.
Dah fall in love sangat2.
Dia pun budak baik.
Kerja pun mantoppppp.
Duit pun adoooooooo sangat.
Pendek kata semua benda akan jadi senang and mewah lah lepas nie kalau kawen ngan dia.
Tambah pulak awak pun gaji masyuuukkkk kan.
So akan jadi best couple of the year lah kan..

Tapi tolong consider benda yang wajib dalam sesuatu perkahwinan.
AGAMA

Untuk perempuan.

Tolong make sure Subuh dia bukan orang lain yang kejutkan.
Tolong make sure dia ada inisiatif untuk bangun Subuh
Tolong make sure dia bangun Subuh
Tolong make sure dia boleh imamkan awak dan NAK imamkan awak.
Tolong make sure dia boleh bimbing awak ke jalan Allah.
Tolong make sure dia baca Quran walaupun sepipi atau sebaris ayat sehari.

Kenapa?
Sebab kita perempuan.
Kita perlukan pembimbing.
Kita perlukan imam yang dapat menjaga kita dari segi agama.
Kita tak mampu untuk tarik dia ke jalan Allah kalau dia sendiri taknak ke sana.
Syurga kita ada padanya.

Lelaki.
Tolong jadi imam untuk isterimu
Kerana respect seorang isteri terletak pada kemampuan engkau untuk imamkan mereka.
Sejahil2 isteri, akan ada saat dia ingin diimamkan oleh suaminya sendiri.
Tolong latih diri bangun Subuh tanpa orang lain kejut.
Bukan sebab nak pegi kerja baru boleh bangun Subuh, tapi bila kau cuti, kau masih bangun subuh.

Ibu bapa,
Jangan biarkan anak lelakimu untuk kawen walaupun dia tak bangun Subuh. Sebab dia kena jadi imam. Kalau diri sendiri pun dia tak boleh nak imamkan, apatah lagi isteri.
Jangan hanya kerana anak tu ada gaji dan mampu, biarkan dia buat keputusan sendiri.
Nasihatlah ibu bapa sekalian.

Sekali lagi,
Buat kaum sejenisku.
Perempuan,

Aku rasa.
Tak usah kau  nak mudahkan sangat urusan dia memilikimu.
Sebab dia takkan ada rasa menghargaimu.
Bertunang lar dulu.
Ikut saranan Islam. Sebab Islam itu indah.
Islam itu menjaga maslahat perempuan.

Sekiranya terdapat dugaan dalam pertunangan, sedarilah. Allah nak tunjukkan nilai sebenar sesuatu hubungan itu.
Kalau Allah nak putuskan hubungan korang dalam tempoh pertunangan, percayalah. Allah nak selamatkan korang daripada manusia yang tak baik untuk kau.
Dan kalau ada kesalahan yang tak boleh kau terima, jangan paksa diri. You are good to go. Coz he don't deserve you.

SEMOGA KAU SELAMAT, SEMOGA KAU KUAT, SEMOGA KAU DISAYANGI.