Saturday, August 10, 2019

Pencinta suami orang

Nie ada nasihat sikit pada
Dara2 atau mak dara yang terdesak.

Kalau kau rasa dia dah kawen, jauhkan.
Kalau kau rasa kau ada hati ngan laki orang, jauhkan.

Sebab once kau make step untuk dekati suami orang, kau akan sakiti banyak perasaan.
Dan kalau kau rasa si dia takkan buat macam tu sebab dah berjanji sehidup semati dengan kau, jangan terlalu percaya..
I'll tell you why.

Sebab
Dengan kesalahan sedikit si isteri, si dia berani cari org lain.
Kau rasa dia takkan buat macam tu ker kalau kau buat salah?
Dan cintanya pudar untuk kau?

Kalau org non Muslim will said KARMA
Tapi kita Muslim, will said KIFARAH DOSA..

Kau buat pada org.
Rampas hak orang.
Jatuhkan rumahtangga orang.
Rosakkan rumahtangga orang.

One day, your turn will come..
Sooner or later..

Doa orang yang teraniaya termakbul kau tau
Jangan sedap sangat hanyut dalam cinta suami orang.
Jangan sedap sangat cakap kau tak rampas hak orang.
Jangan sedap sangat cakap kau tak mintak perasaan nie
Jangan sedap sangat kau dah menghindar dari laki tu tapi kau tak boleh sebab hati kau kat dia

Sedangkan kau tak sepenuhnya menghindar pun 🙄
Kau tau kalau dier bercerai, kau boleh didakwa sebab meruntuhkan rumahtangga orang?
Ingat sikit yea..

Dan untuk suami orang.
Tolong hargai isteri kau.
Dier dah lahirkan zuriat kau.
Dah bertarung separuh mati.
Kalau nafsu dia dah kurang lepas bersalin, cari ubat.
Kalau dier dah gemuk lepas kawen, cari ikhtiar.
Bukan ikhtiar ngan cari perempuan lain..

Berhentilah jadi penyondol dan yang nak disondol yea😂

: : just nak gitau sebab lately bnyk sgt yang berlaku.

Sunday, August 4, 2019

Isteri

Wahai suami..
Hargailah seorang wanita yang bernama ISTERI

Dia yang selalu mengirimkan doa di setiap langkahmu
Dia yang selalu memberi laluan kepadamu untuk mencapai impianmu
Dia yang selalu support segala keputusanmu dalam sedar atau tak, dalam gembira atau terluka, dalam rela atau keterpaksaan
Dia yang melahirkan zuriatmu
Dia yang menanggung segala sakit untuk melihat kau mempunyai zuriat keturunan
Dia yang rela mengorbankan diri sendiri untuk melihatmu bahagia

Mungkin dipandangan matamu
Dia terlalu bodoh
Dia terlalu hodoh
Dia terlalu tidak mendengar cakap
Dia terlalu messy
Dia terlalu tak pandai menjaga diri
Dia terlalu busuk
Dia terlalu menyusahkanmu
Dia terlalu menyakitkan hatimu
Dia terlalu tak bernafsu
Dia terlalu emosi
Dia terlalu menimbulkan marahmu

Tapi lihatlah dalam segi pengorbanannya padamu
Banyak impian yang dia perlu kuburkan demi bersamamu
Banyak hati yang terpaksa dia sakitkan demi untuk menyenangkanmu
Banyak masa dia habiskan untuk melengkapkanmu
Banyak tenaga yang dia habiskan untuk membahagiakanmu
Banyak sabar yang dia tanggung demi melayan kerenahmu

Hargailah dia..
Jangan kerana sedikit kekurangan, kau buka pintu hatimu pada perempuan yang HARAM engkau lihat dan tatap..
Jangan hanya kerana benda yang remeh, engkau mengagung2kan kesalahannya
Jangan kerana kau terasa hati, kau tutup semua pintu hatimu untuk menyayangi, mencintai, merinduinya. Dan membuka seluas2nya pada perempuan lain yang belum tentu boleh terima engkau sehebat isterimu.

Hargai dia.
Berterima kasih padanya.
Sayangi dia.
Lindungi dia.
Beri peluang padanya.
Rindui dia.

Kerana tiada apa yang sakit bagi isteri selain mengetahui hakikat bahawa dia tak disayangi, dirindui, dicintai oleh suaminya..
Kerana sampai satu tahap, isteri akan berhenti mencintai, merindui, menyayangi suaminya..
Kerana terlalu sakit dengan hal itu..
Kerana terlalu tak dihargai segala pengorbanannya..

: : just giving an advice to husbands that take wifes for granted